Hibiscus ni beli RM5 jer, semasa beli belum kembang sepenuhnya, jadi tawakal sajelah. Alhamdulillah, bila dah kembang, cantik.....
Rose oren ni pun beli RM5, buat masa sekarang dialah yg paling cantik, sebab yang lain banyak yang dah mati, kan.....
Vanda hibrid ala ala mimi palmer ni murah jer membelinya, kurang dari RM20. Selalu berbunga, dah 2 kali dalam masa 3 bulan. Memang berbaloi baloiii....
Periuk kera. Sekali sekala kena intai apa yang ada di dalam periuknya itu, jangan terperanjat kalau jumpa cicak mati.
hu..hu.....kembang kuncup bunga jagaanku dipuji orang. Itulah ciptaan Allah, semuanya indah belaka.