Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Friday, March 5, 2010

Ring of fire!

Nama rose yang cantik ini ialah Ring Of Fire.

Sangat bertuah rasanya dapat memilikinya dengan harga cuma RM5. Cantik, harum dan kombinasi warna yang unik sertatahan penyakit menyebabakn makin hari makin sayang. Pernah cuba untuk menyemai dri keratan batang, tapi belum berjaya.


Ini bunga dahulu, masa baru beli.




Bunganya sekarang......




Alhamdulillah, sihat walafiat jer dia.

From Sabak Bernam with love!

Mengapa tajuknya sebegitu sekali?
Ini kerana sahabat forum telah bermurah hati menghadiahkan saya cutting orkid tulang atau nama saintifiknya papiolanthe kepadaku yang sekian lama menyimpan hasrat untuk menanam si tulang ni di tepi pagar.

Ini kerana dia tahan panas, memang sangat sesuai menghiasi pagar rumahku itu.

Dalam kotak ini juga ada cutting epidendrum, schomburgkia (bunganya memang mabeles) dan mulberry (bukan orkid yee...).

Terima kasih Anggerik. Allah saje yg akan membalasnya.

Ceri barbados






Saya dapat tahu mengenai ceri di forum cari.com. Ada rakan² di sana yang telah mempunyai pokok ceri ini. Lawatan ke nursery Dengkil, ternampaklah pokok ni, ada 3 biji, dengan keizinan owner, saya pun merasalah buahnya...erm.....masam tapi masam yg sedap.
Saya pun belilah sepokok, tak mahal, dlm RM6-RM8 jer. Saiz pokok mempengaruhi harga.
Sejak dialihkan ke tanah di laman rumah, memang rajin berbunga. Buahnya, paksa budak² makan pun tak jalan, sebab masam. Jadi hanya saya yg rajin makan buahnya. Yelah, kandungan vitamin C nya tinggi sangatlah bagus untuk tubuh badan kita. Oh ye, kalau nak tahu, Vit C jenama Amway tu dr buah nilah......nanti nak cuba tut pokok ni, manatau menjadi leh beri pokoknya pada org lain.

Friday, January 8, 2010

Roses, semuanya tangkapan baru.

















Variasi Phal


Phal bellina.


Phal violacea




Phal violacea 'blue'


Phal tetrapis



Phal lamelligera, pokoknya.

Lamelligera, bunganya.