Alhamdulillah, pertama kali keluar peduncle terus menjadi bunganya.
Pada mulanya saya menyangkakan peduncle yang panjang itu ialah pucuk baru jadi saya pun cubalah melilitkannya di dawai penyangkut seperti kebiasaannya. Tapi ia tak mahu melilit, ah....malas nak layan biar jelah.
Mari kita nikmati keindahan bunganya pula, cantikkan......
Seperti yang kita sediamaklum, hoya perlu 'didera' supaya dia berbunga, begitulah yang saya lakukan pada pokok ini, lihat saja kesan kemerahan pada daunnya menanda dia menerima cahaya matahari secukupnya.
Saya berharap agar koleksi hoya lain yang belum pernah berbunga akan cepat berbunga supaya keindahannya dapat dikongsi bersama.