Blog Jualan

Dijemput mengunjungi blog jualan saya di http://jualanshiros.blogspot.com/ Terima kasih.

Wednesday, July 14, 2010

Eria atrovinosa

Eria atrovinosa : Id diberi. Terima kasih pd Farazi dan rakan orkid yg lain yg turut memberikan idnya. Memang agak teruja melihat spikenya terjulur sewaktu menyiramnya pada waktu petang. Walaupun cuma 1 spike, cukup menggembirakan.



Eria ini dibeli dr Kak Aishah, otai kemboja Malaysia. Harga yang sangat berpatutan dengan clumpnya yang besar.




Ini keseluruhan pokoknya. Oleh kerana tiada tempat untuk digantung jadi aku hanya letakkan kayu tersebut di atas penutup kipas, kemudian aku gantung seperti biasa.
Berbunga setelah dialihkan ke belakang rumah yang mendapat perlindungan dr cahaya matahari sepenuhnya.


Eria ini pula aku beli di Nursery Nelson di Melaka. Aku letakkan dlm bekas yg sama dengan harapan dia belajar dr eria yg di sebelahnya untuk berbunga. Tapi harap² biarlah eria yg lain jenis pula...kalau tak, alahai...terbeli sampai 2 jenis yg sama.